Remaja Bawah Umur Diperkosa Di PPS Kelantan Ketika Musim Banjir, Baru Berkenalan Dengan Suspek
Satu kes rogol melibatkan remaja bawah umur telah dilaporkan berlaku di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan semasa banjir pada 2 Disember lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah malam itu membabitkan seorang gadis berusia 15 tahun dan suspek lelaki berusia 23 tahun juga buruh binaan.
Mangsa dan suspek dikatakan baru berkenalan di PPS terbabit dan dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah stor sekolah yang dijadikan PPS tersebut.
Perlakuan mereka diketahui abang gadis berkenaan sebelum keluarganya bertindak membuat laporan polis.
Menurut Sinar Harian, lelaki terbabit telah ditahan pada 6 Disember lalu dan dikenakan perintah tahanan reman selama enam hari bagi membantu siasatan.
Difahamkan, pada 12 Disember lalu, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan mengaku tidak bersalah.
Mahkamah menetapkan kes untuk sebutan semula pada 14 Januari dan tidak ada jaminan yang ditawarkan.
Ketua Polis Kelantan itu turut memaklumkan selain kajadian rogol berkenaan, terdapat enam lagi kes jenayah yang berlaku semasa banjir baru-baru ini membabitkan empat kes pecah rumah dan masing-masing satu kes curi kenderaan dan cabul.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source