Giliran Aston Villa kecewakan Man City
LONDON – Nasib malang Manchester City musim ini terus berlarutan apabila catatkan kekalahan ketiga berturut-turut dalam tempoh kurang dua minggu.
Pada aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park, sebentar tadi, anak buah Pep Guardiola terpaksa akur tewas 1-2 kepada Aston Villa sekaligus membolehkan tuan rumah memintas The Citizen untuk berada di tangga kelima.
Keputusan itu juga mengekalkan rekod baik Aston Villa di laman sendiri dimana skuad kendalian Unai Emery turut meraih kemenangan 1-0 ke atas Man City pada perhitungan terakhir di Villa Park Disember tahun lalu.
Selepas terlebih dulu menguji banteng lawan, minit ke-16 menyaksikan tuan rumah berada di depan menerusi penyudah baik daripada Jhon Duran yang menyempurnakan umpanan Morgan Rogers.
Seterusnya, kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan dan dihidangkan dengan peluang terbaik namun kesemuanya gagal menghasilkan jaringan tambahan.
Lima minit selepas aksi bersambung, gawang Man City sekali lagi dirobek tetapi agak bernasib baik apabila jaringan kedua Duran itu dibatalkan kerana terlebih dulu dikesan berada di kedudukan offside.
Disebalik keghairahan Man City untuk memburu gol penyamaan, Rogers sekali lagi menyerlahkan bisa dan kali ini merekodkan namanya selaku penjaring pada minit ke-65.
Ketika aksi sudah pun memasuki masa kecederaan, Phil Foden akhirnya menyumbangkan gol pertama Man City namun ia sudah pun terlambat untuk menafikan kemenangan Aston Villa. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source