Keamanan, keselamatan rakyat polisi tentera Selatan Thailand
SONGKHLA, THAILAND – Prinsip keamanan dan keselamatan penduduk di Wilayah Selatan Thailand menjadi teras kepada Tentera Bahagian Keempat Thailand sepanjang menjalankan tugasan di kawasan tersebut.
Komander Tentera Bahagian Keempat Thailand, Mejar Jeneral Paisan Nusang berkata, keadaan sejagat perlu dijaga kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan semua rakyat termasuk pelancong yang datang dari Malaysia.
Menurutnya, pihak tentera bagaimanapun tetap menguatkuasakan undang-undang secara sama rata sekiranya didapati terlibat dengan jenayah.
“Seperti yang semua tahu bahawa Wilayah Selatan Thailand terletak bersempadan dengan Malaysia dan hanya dipisahkan dengan Sungai Golok. Jadi, aspek keselamatan di sempadan sangat penting buat pihak tentera kerana kita merupakan benteng pertahanan akhir negara.
“Oleh itu, Tentera Bahagian Keempat Thailand sangat menitikberatkan aspek keamanan dan keselamatan rakyat. Punca kepada permasalahan di sempadan adalah individu atau rakyat itu sendiri,” katanya ketika semasa sesi temubual khas bersama media Malaysia di sini semalam.
Mengulas lanjut, Paisan memberitahu, beliau yang mula memegang tampuk pemerintahan Tentera Bahagian Keempat Thailand bermula 1 Oktober lalu akan meneruskan polisi yang sudah ditetapkan oleh komander terdahulu.
Mengulas mengenai hubungan dua hala Malaysia dan Thailand, beliau berkata, pertemuan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah satu usaha yang baik untuk mengeratkan hubungan dua negara.
Menurutnya, perjumpaan itu menandakan bahawa Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan yang baik sejak dahulu lag
“Saya lihat hubungan kedua-dua negara banyak memberi manfaat kepada Wilayah Selatan Thailand. Usaha-usaha untuk membangunkan kawasan sempadan juga semakin banyak ketika ini.
“Hubungan itu sekali gus menggerakkan model ekonomi di kawasan sempadan kedua-dua negara terutamanya di Sungai Golok dan Kelantan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source