Tercorot, giliran Yazid Lovehunters tinggalkan GV11
SHAH ALAM – Langkah Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) minggu kelima, malam tadi.
Menyanyikan lagu Doa Buat Kekasih nyanyian asal Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Ramli Sarip, Yazid yang berduet dengan Ruhil Amani hanya mampu berputih mata apabila persembahannya gagal memikat hati juri, sekali gus berada di tempat terbawah.
Menurut juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat, persembahan Yazid kurang menyerlah walaupun nyanyiannya masih berada pada tahap memuaskan.
“Nyanyian awak bagus, tapi ini pertandingan. Kena beri lebih lagi. Apa yang awak berikan sebenarnya tidak cukup untuk menonjol,” katanya
Pada malam sama, penyanyi Sheila Abdul muncul juara konsert minggu kelima. Persembahan bertenaga Sheila melayakkan dirinya meraih Anugerah Terpaling Adabi, sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,000.
Liza Aziz pula menduduki tempat kedua, manakala Ning Baizura di posisi ketiga.
Sheila terus mendakap tuah apabila turut dipilih sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian peminat.
Dalam kategori lain, Aurora Salwa diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi selepas menerima undian tertinggi.
GV11 minggu keenam yang bakal berlangsung pada 29 Disember ini dijangka menyajikan kelainan apabila barisan peserta diberikan tema Lagu Seram untuk cabaran seterusnya.
Sementara itu, Jihan Muse memaklumkan akan berehat daripada tugasan mengacara kerana persiapan menyambut kelahiran anak ketiganya.
Tempatnya bakal digantikan Sherry Alhadad yang akan bergandingan dengan Nabil Ahmad sehingga ke pentas akhir.
GV11 menampilkan barisan juri profesional Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan DatukDatuk Syafinaz Selamat dengan format penjurian yang sentiasa dinantikan peminat setia. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source