[VIDEO] Brek gagal berfungsi punca lori tangki terbabas di Lebuh Raya Karak
GOMBAK – Masalah brek dipercayai punca sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbabas di Kilometer 28, Lebuh Raya Karak, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.42 pagi.
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
“Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun sedang memandu lori tangki seorang diri dari Kelantan menuju ke Pelabuhan Klang.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, sistem brek lori tangki tersebut dipercayai gagal berfungsi menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Noor Ariffin memaklumkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Pavinar Krishnamurthy di talian 017-4424699 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – KOSMO! ONLINE
@afifiahroadrunner Lori tanker excident 1.18pagi 25 Disember 2024 Karak Expressway #fyp #roadrunner #roadrunnerautoparts #omnidashcam ♬ original sound – Muhammad Afifiah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source