Arsenal antara berminat sambar Kimmich
MUNICH – Khidmat pemain serba boleh Bayern Munich, Joshua Kimmich bakal menjadi rebutan kelab-kelab ternama Eropah sejurus jendela perpindahan kembali dibuka secara rasmi pada 1 Januari ini.
Sebagai rekod, Kimmich dibenarkan untuk berbincang secara terbuka dengan mana-mana pasukan untuk menandatangani pra-kontrak memandangkan perjanjiannya bersama kelab The Bavaria itu akan berakhir penghujung musim ini.
Menurut laporan, Bayern sudah cuba untuk menawarkan kontrak lanjutan kepada Kimmich sejak awal tahun ini tetapi masih gagal memujuk pemain berusia 29 tahun itu untuk kekal setia di Allianz Arena.
Difahamkan, pengurusan tertinggi sudah memberi tawaran terakhir kepada Kimmich baru-baru dan jika tidak bersetuju, kemungkinan besar pemain antarabangsa Jerman itu akan terus dijual bulan depan.
Situasi itu disebabkan Bayern tidak mahu kehilangan khidmat Kimmich secara percuma dan lebih baik dijual pada harga yang murah kerana kontraknya hanya berbaki enam bulan lagi.
Gergasi Sepanyol, Barcelona yang dikendalikan oleh bekas pengendali Bayern, Hansi Flick dilihat cukup berminat untuk menawarkan kontrak kepada Kimmich tetapi segalanya bergantung dengan ‘kantung’ pasukan itu bulan depan.
Sementara itu, gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal pula tidak mempunyai masalah untuk membeli Kimmich lebih awal bagi memantapkan pasukan dalam usaha mencabar kejuaraan liga musim ini. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source