“Kami Ada Usaha Cuma Tak Semua Diceritakan”
Susulan isu Rozita Che Wan didakwa tidak membayar pinjaman, pelakon Zain Saidin memaklumkan mereka berusaha selesaikan dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) tanpa mendedahkan perkara itu kepada orang luar.
Menerusi sesi live di TikTok, Zain berkata ramai mereka diluar sana percaya dengan laporan tidak tepat sedangkan tidak tahu cerita sebenar. Katanya lagi, dia tidak dapat berkongsikan lebih lanjut kerana urusan tersebut hanya melibatkan isterinya.
“Terus terang, kami ada usaha cuma tak semua diceritakan. Namun, saya maafkan semua dan faham mereka tak dapat cerita sepenuhnya.
“Saya tak boleh ceritakan semua sebab ini bukan hal saya. Sebagai suami, saya cuma beri sokongan mana yang mampu. Bukan hak saya untuk bercerita,” katanya.
Sementara itu, Zain berkata dia memaafkan segala tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan kepada diri dan keluarganya sehingga ada yang menyalahkan mereka punca ada yang tidak mendapat pinjaman dari agensi berkenaan.
“Mana nak serang, silalah. Itu hak kalian, saya minta maaf andai tersalah kata. Saya awal-awal lagi dah maafkan. Ada yang marah sampai salahkan kami kata anak mereka tidak dapat pinjaman punca daripada kami.
“Ingat syarikat sebesar itu ada RM1 juta sahaja untuk edarkan ke? Kalau tiada RM1 juta, orang lain tak dapat duit?,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source