“Malaysia Ini Negara Paling Pelik Di Dunia, Ada Bahasa Sendiri Tapi Segan Digunakan” – KP DBP
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Hazami Jahari persoalkan sikap rakyat Malaysia yang seolah-olah segan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Malaysia tak memartabatkan Bahasa Melayu?
Kata Dr. Hazami, hal itu sememangnya mengejutkan dan ia jelas sekali menunjukkan penjajahan minda serta menyerlahkan lagi krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu, di mana kononnya tidak mempunyai nilai ekonomi, standard, malah mutu tersendiri.
Mentaliti sedemikian jelas berbeza jika hendak dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Perancis, China, Jepun dan Thailand, bahkan negara jiran, Indonesia yang memartabatkan bahasa kebangsaan mereka.
Malaysia ini negara yang paling pelik di dunia, ada bahasa sendiri, tetapi segan digunakan.
Perlu perkembangan lagi Bahasa Melayu
Menurutnya lagi, kemajuan sesebuah bangsa bukan saja terletak pada sains dan teknologi, tetapi juga dari sudut pemikiran serta budaya.
Maka bahasa yang kita laksanakan iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, perlu kita angkat, martabat dan perkasakan, dan peruntukan inilah yang kita guna sepenuhnya.
Malah, Dr. Hazami merasakan tidak salah untuk Bahasa Melayu diperkembangkan kerana jika bahasa tidak dikembangkan serta tiada perubahan, mungkin ia akan ‘mati’ begitu saja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source