Pekerja pendakwaan dituduh pecah rumah dan mencuri
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pendawaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini di atas pertuduhan melakukan pecah rumah dan mencuri menyebabkan kerugian melebihi RM170,000, minggu lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh, Koh Kok Hin, 65, didakwa atas telah melakukan pecah rumah dan mencuri pelbagai barangan yang dianggarkan bernilai RM173,000.
Antara barangan yang dicuri oleh tertuduh adalah barangan kemas bernilai RM100,000, pasport Malaysia, tiga bag jenama Chanel anggaran RM60,000, wang RM10,000 dalam bentuk pelbagai mata wang dan wang tunai RM3,000.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat di 13, Jalan Puncak Desa Taman Desa, pada pukul 4 petang, 18 Disember lalu.
Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun. Bagi kesalahan mencuri yang dilakukan kali kedua atau seterusnya, memperuntukkan hukuman denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun, peguam bela Muhammad Ariffin Abdul Wahab yang mewakili tertuduh merayu jaminan yang mininum diberikan atas alasan anak guamnya akan hilang punca pendapatan jika tidak diberikan jaminan.
“Saya difahamkan, tertuduh sudah bercerai dengan isterinya dan mempunyai seramai tiga orang anak yang masih belajar. Jika tidak dijamin, tertuduh akan hilang punca pendapatan untuk memberi wang nafkah kepada bekas isteri dan anak-anaknya,” kata Muhammad Ariffin.
Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Mac 2025 untuk serahan dokumen. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source