“Saya Buat Keputusan Tepat Tak Masuk GV”
Pelakon dan penyanyi Watie Sadali mendedahkan dia menolak pelawaan menyertai Gegar Vaganza musim ke-5 bersama kumpulan Elite kerana tidak mendapat izin daripada suaminya, Joey Daud.
Memetik Kosmo, Watie berkata suaminya tidak mahu dia menjadi bahan kecaman netizen yang menonton serta bimbang jika dia tidak boleh berdepan dengan kritikan.
“Joey beritahu saya tak perlu nak malukan diri sendiri kerana perlu sedar dengan kemampuan diri sebagai penyanyi. Dia cakap dia kenal isteri dia macam mana. Dia takut saya tak boleh berhadapan dengan kritikan serta kecaman,” katanya.
Sementara itu, Watie berkata dia mahu membuat kemunculan bersama Elite namun dia perlu rasional dan baginya dia membuat keputusan tepat tidak menyertai GV.
“Kesian juga dengan Elite kerana hanya tiga orang sahaja ketika itu. Tetapi bila difikirkan semula, memang betul apa yang dikatakan oleh suami saya. Berjuta orang yang akan menonton.
“Saya pula seorang yang berjiwa lemah. Kalau orang cakap macam-macam boleh jadi ‘anxiety’. Nak tidur boleh terngiang-ngiang komen-komen juri. Saya rasa saya telah buat keputusan yang tepat dengan menolak tawaran untuk turut serta,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source