24 premis tanpa lesen, gajikan warga asing ditutup
PETALING JAYA – Sebanyak 24 buah premis dikenakan tindakan tutup serta-merta melalui tindakan khas yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu negara.
DBKL dalam kenyataan berkata, ia melibatkan premis perniagaan yang tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, menggajikan warga asing dan membuat halangan di tempat awam
“Dalam tindakan yang dijalankan, sebanyak 70 buah premis perniagaan telah diperiksa dan disemak dokumen perniagaannya.
“Kesemua premis yang dikenakan tindakan tutup di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya hari ini.
Selain itu, DBKL berkata, sebanyak 25 notis kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Katanya, ini termasuk kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source