Abby Abadi Kena ‘Scam’, Tertipu Beli Akaun TikTok Ramai ‘Followers’ – “Nak Cepat, Padan Muka Saya”
Pelakon, Abby Abadi mendedahkan dirinya sekali lagi telah menjadi mangsa penipuan atas talian selepas membuat transaksi pembelian sebuah akaun TikTok.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berka ta ia dipercayai dilakukan di luar negara namun menggunakan e-dompet di Malaysia.
Scammer dari luar negara, tapi guna e-wallet Malaysia. Cara dia balas mesej macam orang Malaysia.
Lepas buat pembayaran, tiba-tiba akaun (dibeli) log out selepas saya daftar masuk.
Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak mendedahkan jumlah kerugian yang dialaminya.
Pelakon itu turut berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagramnya.
Kata Abby, dia terperangkap dalam penipuan ini disebabkan oleh sikapnya yang mudah terpengaruh dan terlalu cepat mempercayai orang.
Senang sangat terpengaruh, nak cepat sangat pengikut ramai dekat TikTok. Tidak semudah itu ya. Kena scam rupanya.
Kita pun bukan senang nak percaya. Minta tukar e-mel dan kata laluan. Dah tukar baru buat bayaran.
Difahamkan, dia juga telah membuat laporan ke atas syarikat pengendali e-dompet berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut sekiranya benar dirinya menjadi mangsa.
Suami saya dah buat laporan dan perlu menunggu. Menurut pihak berkenaan duit sudah terlepas ke individu tersebut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source