“Dah 3 Tahun, Tak Ajar Dia Ke?” – Anak Bongsu Shuib Dikritik Masih Tak Pandai Bercakap, Ini Respon Watie
Seorang individu tampil meluahkan rasa simpati melihatkan anak bongsu pelawak Shuib, Ayash Affan yang dirasakan tidak lagi boleh bercakap meskipun sudah berusia 3 tahun.
Difahamkan, individu tersebut meninggalkan komen tersebut di ruangan Instagram isteri kepada pelawak berkenaan iaitu Watie Hanifiah.
Tulis individu itu, dia mempersoalkan sama ada Shuib tidak mengajar anak bongsunya bercakap selama ini.
Dah besar tak pandai cakap ke? Dah 3 tahun kan. Anak Lesty dah mengaji. Kenapa anak Shuib ni dia tak ajar ke? Kesiannya.
Komen itu kemudian mendapat perhatian Watie dan isteri pelawak itu dilihat meminta agar individu itu tidak perlu berasa kasihan dengan Ayash kerana si kecil itu menerima kasih sayang secukupnya daripada mereka.
Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi itu meninggal dunia akibat jangkita COVID-19 pada 2021 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup bersama Sarah, mereka dikurniakan empat orang anak. Shuib kemudiannya bernikah dengan usahawan Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source