Pemain ‘buangan’ PSG ke Arsenal?
PARIS – Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Randal Kolo Muani sudah boleh ‘mengemas bagasi’ apabila gergasi Perancis itu didakwa bakal menghantarnya beraksi secara pinjaman di England bulan depan.
Kolo Muani, 26, dikatakan sudah tiada dalam perancangan pengendali PSG, Luis Enrique apabila lebih banyak memanaskan bangku simpanan sepanjang musim ini.
Lebih malang, penggempur Perancis itu diberikan peluang beraksi lebih 45 minit dalam empat perlawanan sahaja untuk semua kejohanan bersama PSG musim ini.
Difahamkan, beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) menyatakan minat untuk meminjam khidmatnya untuk separuh kedua saingan musim ini bermula Januari hingga Julai nanti.
Begitupun, PSG dikatakan hanya mahu melayan tawaran daripada mana-mana kelab yang meletakkan klausa pembelian secara tetap selepas tamat tempoh pinjaman.
Berdasarkan laporan-laporan di England, gergasi EPL, Arsenal antara pasukan dipercayai berminat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Bukayo Saka.
Saka dikatakan terpaksa menjalani proses pemulihan antara empat hingga enam minggu yang mungkin menyebabkannya terlepas 10 perlawanan disebabkan mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Crystal Palace baru-baru ini.
Sebagai rekod, biarpun kurang mendapat minit permainan di peringkat domestik tetapi Kolo Muani antara nama tetap dalam skuad Perancis sejak bergelar naib juara Piala Dunia Qatar 2022. – AGENSI
The post Pemain ‘buangan’ PSG ke Arsenal? appeared first on Kosmo Digital.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source