Suami Ditahan, Isteri Along Cham Alami Kemurungan, Berat Turun 5 Kg
Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhami berkata sejak suaminya ditahan reman dia tidak boleh tidur malam sehingga mengalami kemurungan.
Memetik Harian Metro, Afreena berkata dia juga berasa seperti ‘lost’ (kehilangan) sejak Along ditahan reman kerana hubungan mereka sangat rapat meskipun baru lapan bulan berkahwin.
“Saya juga kurang sihat, sakit kepala sehingga berat badan pun turun sebanyak lima kilogram dalam tempoh 10 hari ini,” katanya.
Sementara itu, Afreena berkata suaminya itu adalah segalanya baginya dan sebak apabila Along mengatakan dia tidak pernah menyayangi wanita lain seperti dia sayangkan dirinya.
“Kami berdua bukan sekadar suami isteri tetapi seperti kawan baik. Kalau pergi beli bawang atau ‘laundry’ (dobi) pun dia akan teman saya. Dia adalah ‘my world’ (segalanya) bagi saya.
“Setiap kali saya pergi ‘out station’ dalam dan luar negara, dialah yang akan hantar dan ambil di lapangan terbang sebelum ini.
“Saya juga berasa sebak bila suami cakap dia sangat sayangkan saya dan tak pernah menyayangi wanita lain seperti mana dia sayang saya,” katanya.
Terdahulu, Along mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan miliki ganja membabitkan seberat 58.23 gram (g) dan 2.07g.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source