Miliki, guna dadah, dua rakan ditahan
SEREMBAN: Polis menahan dua rakan yang dipercayai terbabit dengan penggunaan dan memiliki dadah di kawasan Taman Dusun Nyiur di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 38 hingga 58 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis menjalankan operasi pencegahan jenayah kira-kira 1 pagi.
“Hasil pemeriksaan telah menjumpai 12 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 151.15 gram, 18 paket plastik lutsinar dan satu bungkusan kertas putih berisi bahan disyaki dadah jenis Heroin dengan berat 96.84 gram dan empat biji pil Eramin 5.
“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM18,194. Selain itu polis turut merampas dan menyita wang tunai berjumlah RM2,699,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, menerusi ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek turut positif dadah jenis Methamphetamine.
“Berikutan itu, kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) peruntukan yang sama. Kedua-dua suspek telah direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.-UTUSAN.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source