Polis Thai berkas penjual ‘magic mushroom’
BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang penjual ‘magic mushroom’ atau cendawan ajaib yang menyebabkan kematian seorang pelancong United Kingdom berusia 25 tahun di wilayah Chiang Mai pada minggu lalu, lapor portal berita Khaosod.
Mejar Jeneral (Polis) Worapong Khamlue berkata, operasi penyamaran dijalankan pada 23 Disember lalu.
“Kami mengerahkan ejen asing untuk menyamar sebagai pelanggan dan membeli ‘magic mushroom’ dari sebuah kedai berhampiran Tha Pae Road, daerah Muan.
“Sebungkus cendawan itu dijual pada harga 500 baht (RM66) sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai penjualan dadah secara berleluasa di kawasan pelancongan,” kata Khamlue.
Siasatan mendapati mangsa yang dikenali sebagai V, membeli bahan terlarang itu selepas merakam gambar bersama teman wanitanya di mercu tanda popular berhampiran kedai itu pada 20 Disember lalu.
“Pelancong terbabit meninggal dunia di sebuah resort mewah di daerah Mae Rim, kira-kira 40 minit selepas mengambil tumbuhan itu,” tambahnya.
Pentadbiran Makanan dan Ubat Thailand mengklasifikasikan cendawan ajaib sebagai narkotik Kategori 5.
Cendawan itu mengandungi bahan aktif psilocybin. Ia menyebabkan kesan neurologi yang teruk termasuk halusinasi, kekeliruan, paranoid dan boleh membawa maut. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source