Dania hilang selepas merajuk dengan adik
BESUT – Seorang ibu tidak keruan selepas anak perempuannya yang merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran hilang setelah keluar dari rumah datuknya di Kampung Pengkalan Sentul, Seberang Jertih di sini pada kelmarin.
Noor Hayuni Mohd. Noor, 42, berkata, Nurul Dania Balqis Stimat, 16, yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik tersebut dipercayai menghilangkan diri selepas berselisih faham dengan salah seorang adik lelakinya.
“Saya difahamkan dia (Dania) keluar rumah pada tengah malam kelmarin kerana berkecil hati berselisih faham dengan adik lelakinya.
“Mereka memang sering bertengkar tetapi biasanya tidak lama dan akan berbaik semula. Dania juga tidak pernah keluar rumah bersendirian sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Noor Hayuni berkata, dia yang bekerja di Kuala Lumpur bergegas pulang ke kampung sebaik dimaklumkan kehilangan Dania.
Jelasnya, anak perempuannya itu bersama dua adiknya berada di bawah jagaan datuk dan nenek mereka.
“Buat masa ini, walaupun telefon bimbitnya masih berfungsi, panggilan tidak berangkat selain aplikasi WhatsAppnya juga tidak aktif.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source