Didi Astillah Bengang Dakwa Ruhainies Masih Tuduh Bella Rancang Kes Khalwat
Penyanyi Didi Astillah tampil mempertahankan kakaknya Bella Astillah susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon sensasi, Ruhainies baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Didi berkongsikan video temu bual Ruhainies yang mengulas mengenai dugaan dilaluinya sepanjang tahun ini.
“Malas dan penat sebenarnya bila nampak posting melibatkan dia ni. Tapi video yang baru ni memang buat saya terpanggil nak beritahu sikit tentang kenyataan dia yang tak habis nak cakap soal ‘orang tak tahu perkara sebenar, sampai sekarang pun tak tahu.’
“Tak habis-habis main sentimen itu. Mari saya ingatkan, dulu pun pernah buat kenyataan yang sama selepas itu terus pergi umrah sebab nak tunjuk tak salah.
“Betul-betul Allah jawab doa kakak saya yang korang aniaya. Allah hantar seseorang untuk ‘reveal’ perancangan jahat awak sebab awak tak terfikir WhatsApp korang akan dibaca oleh sesiapa tapi kuasa Allah tiada tandingan,” tulisnya.
Sementara itu, Didi turut mendakwa Ruhainies pernah mencuba untuk menghasut dan mempengaruhi beberapa individu untuk menyebelahinya serta berkata buruk tentang Bella.
“Lagi satu tolong henti menyebarkan fitnah konon kakak saya perangkap. Saya tahu awak ada DM (direct message) artis dalam industri kita ini yang bergelar Datuk, untuk mengutuk dan memfitnah kakak saya dengan mengatakan dialah yang merancang semua ini.
“Gila ke apa nak rancang? Itu perangai awak, ingat kakak saya nak ke anak dia kehilangan bapa? Lama dia bertahan sampai rujuk balik, bertahan lagi lima tahun..cuba fikir? Kaki DVD betul awak ni,” tulisnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source