EPL: Haaland bantu City tamatkan badi ‘stay humble’
LONDON – Manchester City akhirnya kembali menunjukkan belang sebenar selepas menewaskan Leicester City 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad The Citizens yang dikendalikan oleh Pep Guardiola membariskan kesebelasan terbaik dengan Savinho, Erling Haaland dan Kevin de Bruyne mengetuai jentera serangan.
Savinho membalas kepercayaan yang diberikan apabila meledak gol pertama peribadinya sejak mewakili City pada Julai lepas menerusi rembatan menarik seawal minit ke-21.
Haaland turut memiliki beberapa peluang keemasan pada babak pertama tetapi gagal memanfaatkan dengan rembatan sedikit tersasar.
Pada babak kedua, pasukan pelawat terus menggandakan asakan meskipun Leicester City dilihat berjaya menguasai perlawanan.
Namun, gol kedua yang dicari akhirnya tiba apabila Haaland mencetak nama selaku penjaring selepas menyudahkan hantaran Savinho pada minit ke-74 dengan keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat.
Kemenangan itu memberi ruang ‘bernafas’ buat Guardiola selepas hanya meraih dua kemenangan pada 10 aksi terakhir EPL dengan mengutip 31 mata selepas mengharungi 19 perlawanan.
Sementara itu, pasukan Tottenham Hotspur terus ditimpa malang apabila hanya seri 2-2 ketika bertemu Wolverhampton di laman sendiri. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source