Akaun Kena Beku, Vivy Yusof Terharu Ada Rakan Belanja Beef Wellington
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Datin Vivy Yusof berkongsi detik mencabar selepas akaun bank miliknya dan suami dibekukan susulan kes mahkamah yang dihadapi mereka.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Vivy berkongsikan ramai kenalannya memberikan bantuan berikutan mereka memandangkan tidak dapat mengakses wang simpanan mereka.
“Bila media umumkan akaun kami dibekukan, begitu ramai orang berbuat baik kepada kami. Walaupun kami ada wang hasil kerja keras, tapi kami tak dibenarkan menggunakannya.
“Semuanya kena sekat. Kami kosong. Jadi, ramai orang yang bimbang terutamanya kepada anak-anak, kami dapat banyak pesanan mesej. Rakan-rakan dan pengikut menghantar kami makanan, baucer Grab dan rezeki tu tak putus-putus,” tulisnya.
Sementara itu, Vivy berkata dia terharu apabila ada kenalan yang menghantar makanan kegemarannya iaitu Beef Wellington di malam tahun baru.
Selasa lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan Vivy dan suaminya untuk mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara bagi membolehkan mereka menunaikan umrah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source