Denda RM1,100 jika merokok di tempat awam
ROM – Merokok diharamkan di semua lokasi awam termasuk jalan raya di ibu kota kewangan dan fesyen Itali, Milan bermula semalam, lapor saluran berita CNN.
Ini bermakna sesiapa yang menghisap rokok di kawasan larangan merokok berdepan denda antara €40 (RM190) hingga €240 (RM1,100).
Menurut Kementerian Kesihatan, denda itu adalah yang paling keras di Itali, di mana hampir satu perempat daripada penduduk negara tersebut ialah perokok.
Satu-satunya pengecualian dalam undang-undang itu adalah apabila seseorang berada sekurang-kurangnya 10 meter dari orang lain.
Menurut Majlis Dewan Bandaraya Milan, larangan itu yang tidak termasuk vape atau rokok elektronik, adalah sebahagian daripada tindakan tegas yang lebih tertumpu kepada pencemaran berbanding kesihatan.
Ia sebelum ini meluluskan rang undang-undang udara bersih pada 2020 yang turut termasuk larangan ketat terhadap merokok.
Asap rokok menjadi punca bagi tujuh peratus daripada semua pelepasan udara tercemar di Milan dan bandar-bandar sekitarnya.
Presiden sebuah persekutuan perniagaan awam dikenali sebagai Fipe Confcommercio, Lino Stoppani berkata, larangan itu dianggap hanya simbolik dan sukar untuk dikuatkuasakan kerana pemilik perniagaan tidak dipaksa untuk berbuat demikian. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source