‘Projek LRT, pembesaran LTAPP mungkin berjalan serentak’
GEORGE TOWN : Projek pembinaan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka berjalan serentak dengan kerja-kerja pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) selepas ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu mungkin diambil oleh pemilik bagi kedua-dua projek dalam usaha menjimatkan masa serta mengurangkan kesulitan yang dikhuatiri akan timbul disebabkan projek-projek mega tersebut.
Dalam hal ini katanya, kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa yang terhad dan hanya mampu memberi usul atau cadangan bagi melancarkan projek berkenaan.
Hal ini demikian kerana katanya, kedua-dua projek dimiliki oleh syarikat luar iaitu MRT Corporation yang akan mengawal selia projek pembinaan LRT manakala Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) pula bertanggungjawab untuk projek pembesaran LTAPP.
“Bagi projek LRT Laluan Mutiara, segmen pertama bagi kerja-kerja awam dan struktur dijangka bermula tidak lama lagi dan ketika ini, Konsortium SRS telah dijemput sebagai pembida yang dipilih untuk salah satu daripada komponen bagi projek terbabit.
“Satu tender terbuka juga sedang dirangka untuk melantik kontraktor bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, reka bentuk, pembinaan, ujian dan pentauliahan, serta penyelenggaraan sistem rel untuk projek LRT Laluan Mutiara.
“Dalam hal ini, saya telah menerima banyak permintaan dan surat daripada kontraktor yang berminat. Jadi, selepas tender dibuka hari ini, maka, mereka bolehlah mengemukakan permohonan secara rasmi,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Mengulas mengenai kerja-kerja pengambilan tanah untuk projek LRT Laluan Mutiara pula, Chow berkata, perkara itu berjaya diselesaikan secara baik ketika ini.
“Tidak ada isu berkaitan pengambilan tanah dan ia telah pun dibincangkan dalam mesyuarat Exco sebelum ini,” kata beliau.
Difahamkan, majlis pecah tanah bagi projek LRT Laluan Mutiara dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Januari ini.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source