Rekod kehadiran pelajar sekolah menetap di Sungai Golok baik
RANTAU PANJANG – Rekod kehadiran pelajar yang menetap di Sungai Golok, Thailand ke beberapa buah sekolah di sini tetap baik selepas operasi besar-besaran pihak berkuasa di sempadan Malaysia-Thailand bermula 1 Disember lalu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Datuk Mohd. Zamri Abdul Aziz, berkata, tiada isu berbangkit mengenai kehadiran pelajar terbabit kerana mereka ketika ini masuk dengan cara sah iaitu melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
“Kesemua pelajar menggunakan laluan yang sah dan mempunyai dokumen lengkap untuk melepasi sempadan negara ini.
“JPN Kelantan juga sedang dalam proses untuk berbincang dengan agensi terlibat agar perjalanan pelajar terbabit berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra bersama calon Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang di sini hari ini.
Tambahnya, calon SPM yang tinggal di Sungai Golok tidak berdepan masalah kerana mereka sudah ditempatkan di asrama.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, bimbang ditahan seterusnya didenda sehingga RM10,000 menyebabkan rata-rata pelajar yang menetap di Sungai Golok, Thailand memilih laluan ‘halal’ dengan menggunakan pas sempadan untuk masuk ke negara ini.
Rata-rata mereka memilih melalui ICQS Rantau Panjang untuk langkah selamat dan bukannya mengharungi Sungai Golok melalui beberapa pangkalan haram seperti kebiasaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source