“Terima Kasih Fatima…Hati Mommy Tidak Lagi Hancur Berkecai”
Sempena tahun baru, pelakon Nur Fazura meluahkan rasa syukur apabila dia dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya berjaya melalui pelbagai kesukaran sejak beberapa bulan lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fazura berkata Fatima seolh memahami apa yang dilaluinya ketika itu dan anaknya itu saksi sisinya yang tidak mahu dilihat.
“Mommy tahu beberapa bulan kebelakangan ini sangat mencabar untuk kita berdua. Mommy ingin kamu tahu bahawa mommy amat bersyukur dan bangga dengan ‘hero’ yang Allah SWT kurniakan kepada mommy iaitu dalam diri kamu.
“Kamu telah menyaksikan sisi mommy yang tidak pernah ingin dilihat. Fatima juga telah menunjukkan kekuatan dan begitu luar biasa yang mengejutkan Mommy.
“Kata-kata kamu yang menenangkan iaitu ‘mommy akan rasa lebih baik’ sentiasa membantu untuk menempuh banyak perkara tahun ini,” tulisnya.
Sementara itu, Fazura berkata sebagai seorang ibu dia sentiasa mengharapkan kehidupan terbaik untuk puteri tunggalnya itu dan kebahagiaan Fatima sangat penting untuk dirinya.
“Andai suatu hari nanti kamu membaca ini, ketahuilah bahawa setiap perkataan adalah ikhlas dan setiap ibu di dunia ini hanya mahu yang terbaik untuk anak mereka.
“Kebahagiaan kamu sangat penting untuk mommy. Terima kasih kerana membenarkan mommy membesarkan kamu dengan penuh kedamaian dan hati mommy tidak lagi hancur berkecai.
“Mommy mungkin tidak mampu menjelaskan semuanya sekarang tetapi yakin suatu hari nanti kamu akan faham,” tulisnya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source