[Video] Pekerja Bangladesh di Kelantan berdoa sebelum kerja jadi bualan
PETALING JAYA – Sekumpulan pekerja kontrak warga Bangladesh yang ditugaskan untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, Kelantan (LTSIP) telah mencuri perhatian orang ramai.
Melalui klip video yang tersebar di laman media sosial, mereka dilihat melakukan rutin berdoa beramai-ramai sebelum memulakan tugas di lapangan.
Klip tersebut turut menjelaskan, syarikat kontraktor yang mengendalikan projek terbabit telah mewajibkan para pekerja melakukan rutin berdoa di awal pagi pada setiap hari.
“Subhanallah, budaya kerja yang patut dicontohi. Katanya mereka pekerja-pekerja lapangan di LTSIP,” tulis video tersebut.
Orang ramai turut meninggalkan komen mereka dan beranggapan warga Bangladesh yang berada di Malaysia mempunyai ilmu agama tinggi.
“Sebab tu aku ‘respect’ (hormat) orang Bangladesh. Mereka hidup susah tempat orang cari rezeki tapi sentiasa ingat Tuhan. Kalau solat di surau mereka ramai, solat Jumaat jalan kaki jauh dia orang tetap pergi,” tulis Khari Azizi.
“Bangsa mereka yang setiap Jumaat berlari-lari untuk ke masjid. Dekat tempat aku ni ada projek buat kawasan perniagaan, jarak antara rumah kongsi mereka dengan masjid terdekat lebih kurang satu kilometer, ‘respect’ aku pada mereka,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
@yih1992 Replying to @Baharin Mohamad Aamin. #construction #malaysia #bangladesh #muslim ♬ original sound – Yih1992
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source