Hantaran jelik kerabat diraja: ‘Saya janji tidak buat lagi, minta ampun’
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja logistik didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat komunikasi jelik dalam laman sosial Instagram terhadap kerabat diraja empat tahun lalu.
Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Tan Yong Hua, 42, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, tertuduh boleh dipenjara selama enam bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.
Terdahulu sebelum hukuman dijatuhkan, Hakim Siti Aminah menasihatkan supaya tertuduh tidak lagi mengulangi kesalahan tersebut.
“Saya janji tidak tidak buat lagi, minta ampun (maaf),” kata tertuduh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa didakwa memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain yang dilakukan melalui aplikasi melalui perkhidmatan aplikasi Instagram dengan menggunakan nama profil Instagram “ogbadboyterryt” pada 6 dan 7 November 2021.
Hantaran itu kemudian telah dibaca dan dilihat pada 7 November tahun yang sama di sebuah rumah di Taman U-Thant di sini.
Justeru pertuduhan dikemukakan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subsekyen 233(3) akta sama.
Hukuman itu bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu agak dikenakan hukuman atau denda yanh ringan memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap.
“Sebelum ini saya bekerja di bahagian logistik, tetapi selepas tangan cedera saya tidak lagi bekerja,” katanya.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah memohon hukuman berat sebagai pengajaran bukan saja kepada tertuduh tetapi masyarakat amnya.
Menurutnya, tertuduh sebagai warga Malaysia yang bertangung jawab, perlu peka bahawa Institusi diraja menjadi tiang seri negara.
“Pendakwaan mohon satu hukuman yang keras bagi memberi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak menyentuh perkara 3R terutama institusi diraja kerana komen media sosial boleh dibaca oleh masyarakat dan membangkitkan kegusaran awam,” katanya.
Mengikut fakta kes, tertuduh menggunakan aplikasi Facebook melalui laman profil Instagram ‘ogbadboyterryt’ didapati membuat dan menghantar satu hantaran bersifat jelik yang dibaca oleh pengadu, Tun Putera Ahmad Aizuddin Shah Dato Mohamed Johan.
Pengadu yang berasa sakit hati apabila membaca hantaran yang bersifat jelik membuat laporan polis bahawa tertuduh sememangnya sedar dan tahu bahawa hantaran yang dibuat itu adalah satu hantaran yang bersifat jelik serta menghina institusi diraja.
Tertuduh kemudiannya ditangkap polis pada 26 November 2021 dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengesahkan bahawa akaun Instagram ‘ogbadboyteryt’ adalah kepunyaan dan dikendalikan oleh tertuduh. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source