Kerajaan komited pertahan Kampong Bahru
KUALA LUMPUR: Kampong Bharu yang terletak di tengah kepesatan ibu negara tetap kekal seperti matlamat asal kewujudannya.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani Tahun berkata, sebarang pembangunan di lokasi warisan tersebut adalah digalakkan, namun perlu mengambil kira sejarah tanah itu.
Katanya, selagi ada bulan dan bintang, Kampong Bharu akan kekal sebagai tanah Melayu seperti semasa ia pertama kali dikurniakan sejak dahulu.
“Sebagai wakil rakyat, saya sentiasa ingin memastikan bahawa tanah yang dikurniakan Sultan Selangor kelima pada 125 tahun lalu kekal di tangan orang-orang Melayu.
“Mana-mana pembangunan di sini amatlah digalakkan, tetapi dengan syarat, pemaju perlu mengambil kira sejarah.
“Banyak pemaju datang ke sini tidak faham. Oleh kerana dia tidak faham, dia ingat dia hendak bangunkan kawasan ini macam setinggan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media pada Majlis Kesyukuran Dan Bacaan Yassin sempena Sambutan 125 Tahun Kampong Bharu, di sini malam ini.
Program anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) itu diadakan di Masjid Jamek Kampong Bharu dan dihadiri lebih 1,000 jemaah.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, kerajaan komited mengekalkan ciri dan warisan orang Melayu dalam pembangunan Kampong Bharu pada masa hadapan.
Katanya, hak milik itu tidak akan diketepikan sama sekali terutama melihat kepada sejarah pemilikan kawasan itu.
Dr Zaliha berkata, perbincangan juga telah diadakan bersama pihak terlibat untuk membangunkan kampung itu sebagai katalis dari segi pembangunan keseluruhan Wilayah Persekutuan.
“Saya sebagai menteri yang menerajui Wilayah Persekutuan ini, kita sebenarnya melihat kepada apa sahaja yang berlaku di kwasan ini khususnya di Kampong Bharu.
“Insya-Allah pembangunan yang akan kita laksanakan pada masa hadapan dapat memastikan Kampong Bharu ini terus sebagai kampung Melayu. Itu akan dikekalkan,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source