“Ada Ibu Bapa Kesian Nak Kejut Anak-Anak Bangun Subuh, Sayang Tak Kena Gaya”
Pelakon Rita Rudaini meluahkan mengenai usaha kerasnya membesarkan kedua anak-anaknya sebagai ibu tunggal dengan sentiasa mengingatkan mereka sebagai tanda sayang.
Menurut Rita, setiap masa dia akan mengingatkan anak-anak mengenai solat dan adab-adab lain serta berpegang dengan caranya mendidik meskipun mungkin tidak difahami ibu bapa lain.
“Mommy setiap minit selagi boleh, sentiasa ingatkan, tegur ‘dah solat belum?’, ‘Dah salam orang belum?’, ‘Senyum tak tadi dengan orang itu?’, ‘Dah mesej atau hubungi bagi ucapan?’, ‘Dah itu? Dah ini?’. Itu tanda sayang mommy.
“Orang yang tak faham akan nampak saya garang dan cerewet. Biarlah hanya saya seorang saja yang faham.
“Mendidik anak-anak sebagai seorang ibu tunggal ini kerjanya dua ke tiga kali ganda kerana saya sedar saya bukan ibu yang sempurna. Doa saja tidak cukup kalau tiada daya usaha. Semua orang sayang anak, tapi tak semua orang faham dan tahu macam mana nak sayang dengan cara yang betul,” tulisnya.
Sementara itu, Rita bersyukur anak-anaknya membesar dengan penuh adab dan menghormatinya. Menurutnya, dia juga masih belajar mendidik diri agar dapat diterapkan kepada anak-anak.
“Kalau saya kejam dengan cara didikan, mungkin anak-anak saya dah lama memberontak. Saya ajar mereka hormat, bukan takut dengan saya. Hormat dan takut itu beza. Saya masih belajar didik diri sendiri sambil terapkan kepada anak-anak.
“Alhamdulillah setakat ini, kalau saya di luar, anak saya di rumah, mereka akan hubungi, mohon izin untuk main game. Sebenarnya, mereka boleh saja main sebab saya bukan nampak pun. Sebab dari dulu saya pesan kepada mereka, jujur itu penting. Nampak macam rumit kan, tapi itulah adab,” tulisnya.
Dalam pada itu, Rita berkata penting untuk ibu bapa membentuk anak-anak sejak dari kecil lagi serta meminta mendoakan dirinya dipermudahkan perjalanan dalam mendidik anak-anaknya.
“Perjalanan saya pun masih panjang dan jauh dalam mendidik anak-anak. Cuma sedikit perkongsian yang tak seberapa tetapi ada ‘hasil’, Insya-Allah. Doakan saya.
“Ada ibu bapa kesian nak kejut anak-anak bangun Subuh. Kesian tengok anak-anak nyenyak tidur. Sayang tak kena gaya. Sebenarnya, kesian kalau anak-anak tak Subuh,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source