“Kalau Tak Jadi, Saya Juga Yang Malu..” – Erra Fazira Akui Sedang Kenali Hati Budi ‘Seseorang’
Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira mengakui dirinya sedang mengenali seseorang yang istimewa pada ketika ini.
Dia yang ditemui media menjawab persoalan itu setelah satu hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini seolah-olah memberi bayangan yang hatinya sudah dimiliki ‘seseorang’.
Namun begitu, Erra memilih untuk lebih berhati-hati dan enggan mengulas lanjut tentang siapakah individu istimewa itu.
Berilah peluang. Kami baru nak kenal. Kalau boleh saya tak mahu komen banyak-banyak. Kalau tak jadi, saya juga yang malu.
Ketika ditanyakan sama ada individu itu adalah rakan selebriti atau orang terkenal, Erra hanya tertawa dan mengucapkan terima kasih atas d0a-doa yang dikirimkan peminat buat dirinya.
Allahuakbar! Terima kasih doakan yang baik-baik. Mudah-mudahan yang terbaik juga buat kita semua. Amin.
Terdahulu, muncul spekulasi berkenaan Erra sudah mempunyai pengganti gara-gara ucapan seperti ditujukan buat kekasih selain meletakkan emoji lelaki dan perempuan di hantaran tersebut.
Erra pernah dikaitkan dengan penyanyi Shahir namun kecundang di tengah jalan.
Pelakon itu juga pernah bernikah dua kali bersama Datuk Yusri Abdul Halim dan juga Engku Emran namun menemui kegagalan dalam perkahwinan.
Erra mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil perkongsian hidup bersama Engku Emran.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source