Giliran Newcastle United tambah derita Spurs
LONDON – Situasi Tottenham Hotspur makin parah apabila terus dihimpit kemarau kemenangan buat kali keempat berturut-turut selepas tewas 1-2 kepada Newcastle United, sebentar tadi.
Sebaliknya buat The Magpies yang kini makin konsisten dalam aspek permainan dimana anak buah Eddie Howe kini merekodkan kemenangan keenam berturut-turut.
Kekalahan kali ini juga seakan beri titik amaran buat pengendali Spurs, Ange Postecoglou untuk perkukuhkan barisan pertahanannya yang kini sudah pun melepaskan 11 gol hanya dalam empat perlawanan.
Bagaimanapun Spurs yang bermain di depan penyokong sendiri memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila memperoleh gol pembukaan menerusi Dominic Solanke seawal minit keempat.
Namun keceriaan itu hanya bertahan dua minit selepas Anthony Gordon kembali menyamakan kedudukan sebelum Alexander Isak memastikan babak pertama jadi milik Newcastle United apabila meledak gol kedua pada minit ke-38.
Aksi sama berterusan di babak kedua yang menyaksikan kedua-dua pasukan terus bekerja keras untuk memburu tambahan jaringan.
Minit ke-62, Spurs yang terdesak untuk mendapatkan gol penyamaan membuat tiga pertukaran sekaligus dengan membawa masuk James Maddison, Yves Bissouma dan Son Heung-min namun beberapa peluang terbaik yang dicipta gagal disudahkan dengan jaringan. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source