Intan Najuwa Tampil Beri Respon Dikritik Guna Kerusi Roda
Tak sampai sebulan melahirkan cahaya mata sulung pada 15 Disember lalu, pelakon Datin Intan Najuwa menerima komen kurang senang daripada netizen.
Baru-baru ini, Intan dilihat ada memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya menggunakan kerusi roda ketika menjalani pemeriksaan di hospital.
Susulan itu ada netizen mempersoalkan mengapa Intan masih menggunakan kerusi roda serta membandingkan pengalaman mereka selepas bersalin.
Tidak hanya berdiam diri, Intan tampil memberi respon bahawa dia boleh berjalan namun memilih untuk menggunakan kerusi roda atas nasihat suami.
“Takkan lah saya tak boleh jalan langsung. Dari bawah nak ke tempat check-up, jenuh nak berjalan. Suami saya suruh sebab dia risau isteri dia lari 100 meter,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Intan meluahkan rasa terkejut lebih-lebih lagi dengan sikap segelintir kaum wanita yang meninggalkan komen negatif.
Menurut Intan lagi, dia baru sahaja bersalin dan tubuh badannya memerlukan masa untuk pulih.
“Wanita seharusnya saling menyokong, bukannya menjatuhkan satu sama lain. Agak mengejutkan komen seperti itu datang daripada kaum ibu sendiri,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source