Sanusi hadir ke himpunan solidariti Najib
ALOR SETAR – Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas dan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan beliau akan hadir ke himpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, esok.
Menteri Besar Kedah itu berkata, beliau mahu mengetahui sendiri sama ada Titah Addendum yang diperkatakan selama ini wujud atau sebaliknya.
Katanya, kes yang dibawa ke mahkamah esok juga adalah semakan kehakiman untuk melaksanakan perintah addendum yang telah dibuat sewaktu pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
“Siapa nak pi (pergi) silakan, tak mau pi sudah. Saya akan hadir nak tengok addendum itu ada atau tidak. Ada orang kata ada, ada orang kata tak ada selepas itu kata ada. Kita tengok ada atau tak ada sebab itu saya nak pi mahkamah esok,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Kempen PKNK Cashless di sini, hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tetap meneruskan himpunan tersebut kerana ia hanya bertujuan mempertahankan kuasa dan prerogatif Institusi Yang di-Pertuan Agong daripada sebarang manipulasi.
Malah katanya, himpunan itu juga hanya kehadiran secara aman rakyat dalam menyokong semua usaha bekas
Perdana Menteri itu mendapatkan keadilan di bawah undang-undang mengikut kuasa dan prerogatif yang sama. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source