Fairuz Selamat tercorot, GV11 minggu ketujuh tiada penyingkiran
SHAH ALAM: Memasuki minggu kelapan pada minggu hadapan, kejutan bagaimanapun memberi senyuman buat sembilan peserta program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) apabila tiada penyingkiran berlaku pada konsert malam tadi.
Meskipun kedudukan Fairuz Selamat agak merbahaya pada minggu ini apabila berada di tangga tercorot dengan keputusan sebanyak 59.20, penyanyi tersebut bernasib baik dan mampu beraksi lagi di pentas minggu kelapan.
Fairuz di pentas GV minggu ketujuh membawakan lagu berjudul Oh My Kadhale nyanyian asal Ezra Kairo dan Zubir Khan.
Bagaimanapun, Fairuz bernasib baik kerana tiada penyingkiran diumumkan pada minggu ini sekali gus menyaksikan penyanyi ini masih berpeluang berjuang pada minggu seterusnya.
Selain Fairuz, Liza Aziz, Sheila Abdul, Dadali Dyrga, Ronnie Hussein, Ning Baizura, Fairuz Selamat, Zehra Zambri, Arrora Salwa dan The Lima turut tersenyum lega mara ke konsert minggu kelapan.
Sementara itu, minggu ini persembahan hebat Liza yang mendendangkan lagu Damelo dendangan asal kumpulan Dolla meraih markah tertinggi daripada barisan juri tetap sekali gus melayakkannya membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan membawa pulang wang tunai RM2,000.
Liza juga diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi termasuk dipilih sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian peminat.
Minggu lapan menyaksikan kesemua peserta berentap membawakan lagu dan aksi tersendiri menerusi tema Kengkawan.
GV11 dikemudikan oleh dua pengacara popular Nabil Ahmad serta Sherry Alhadad yang menggantikan Jihan Muse.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source