Tang Jie-Ee Wei wakil Malaysia pertama mara pusingan kedua
KUALA LUMPUR: Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menceriakan kem badminton Malaysia apabila mudah menewaskan gandingan Taiwan, Wu Hsuan Yi-Yang Chu Yun pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi.
Pada aksi terbabit, Tang Jie-Ee Wei mudah menghantar pulang pasangan No. 40 dunia itu apabila melakar kemenangan straight set 21-8, 21-9.
Biarpun ini pertemuan sulung mereka di kejohanan antarabangsa, pasangan No. 5 dunia itu dilihat tidak mempunyai masalah untuk membenam gandingan terbabit.
Tang Jie berkata, kekalahan pada rakan sepasukan yang lain tidak menjadi bebanan buat mereka, sebaliknya memberi fokus sepenuhnya kepada permainan mereka untuk melakar kemenangan.
“Sudah tentu kita mahu main dan menang. Kami tidak fikir sangat rakan-rakan yang kalah. Fokus kami hanya pada permainan sendiri. Kami sokong sesiapa sahaja kerana mereka semua (terkandas) wakil Malaysia,” kata Tang Jie kepada pemberita selepas tamat perlawanan, hari ini.
Kemenangan ini bermakna Tang Jie-Ee Wei menjadi wakil Malaysia pertama yang berjaya mara ke pusingan kedua selepas tujuh pemain negara masing-masing menemui jalan pulang di laman sendiri.
Tang Jie-Ee Wei seterusnya akan bertemu pasangan Taiwan sekali lagi iaitu Ming Che Lu-Hung En Tzu, apabila mereka turut mara selepas menewaskan gandingan negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.
Untuk rekod, Tang Jie-Ee Wei hanya sekadar mara ke pusingan kedua pada Terbuka Malaysia tahun lalu selepas akur kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source