Gagal bayar cukai perkhidmatan, empat pengarah syarikat kawalan keselamatan didakwa
KUALA TERENGGANU – Sebuah syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan, Perisai Sepadu Security Sdn. Bhd. dan empat pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari uni atas pendakwaan gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti berjumlah keseluruhan RM186,909.08.
Tiga pengarah syarikat itu, Mohd. Yusoff Yunus, 64; Mira Nabihah Mohd. Yusoff, 29; dan Ahmad Afwan Mazlan, 27, membuat pengakuan tidak bersalah setelah pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.
Seorang lagi Orang Kena Saman (OKS) Marini Najihah Mohd Yusoff, 24, yang juga pengarah syarikat yang terletak di Pengadang Baru di sini tidak hadir dalam prosiding mahkamah tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, syarikat tersebut dan empat pengarahnya didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan yang perlu dibayar dalam waktu ditetapkan kepada Ketua Pengarah Kastam bagi tujuh tempoh bercukai antara 1 Julai 2021 hingga 29 Februari 2024.
Mahkamah membenarkan Mohd. Yusoff, Mira Nabihah dan Ahmad Afwan dibebaskan dengan wang jaminan RM1,000 dan seorang penjamin.
Sebutan semula kes pula ditetapkan pada 17 Februari depan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source