Soon Huat-Shevon bergelut ke pusingan kedua
KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 selepas menewaskan wakil Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai.
Pada perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini, pasangan suami isteri itu dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan straight set 21-15, 21-19 dalam tempoh 36 minit.
Kemenangan itu pastinya membakar semangat pemain-pemain Malaysia yang lain kerana dianggap sebagai permulaan positif buat kem negara.
“Memang kami rasa bangga dan gembira kerana dapat memulakan cabaran Malaysia dengan kemenangan. Ini adalah perlawanan pertama kami, jadi ia bukan aksi terbaik saya, namun pasangan (Soon Huat) banyak membantu.
“Selepas ini, saya perlu mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah dan lebih konsisten dalam perlawanan. Secara keseluruhan, memang saya tidak berpuas hati lagi dengan aksi sendiri,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Menjelang pusingan kedua esok, beregu No.6 dunia itu akan membuat perhitungan dengan pasangan India, S.K. Karunakaran-Aadya Variyath yang menewaskan rakan sepasukan, Ashith Surya-Amrutha Pramuthesh 21-13, 21-15. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source