355 mangsa banjir dipindahkan di Kota Tinggi
KOTA TINGGI: Seramai 355 orang daripada 124 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini susulan hujan lebat sejak pagi tadi mengakibatkan kediaman mereka dilanda banjir setakat pukul 10 malam ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, PPS di Dewan Kampung Baru Sungai Mas menempatkan seramai 18 mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Baru Sungai Mas, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota menempatkan 154 mangsa daripada 60 keluarga dari Taman Aman.
“Turut menempatkan mangsa di Sekolah Rendah Agama Bersatu (SRAB) (112 mangsa, 31 keluarga dari Taman Mawai) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana dengan 80 mangsa, 30 keluarga dari Taman Aman dan Taman Mawai.
“Empat PPS lagi, iaitu SK Bandar Penawar 1, Dewan Kampung Makam, Dewan Kota Kecil dan SK Teluk Ramunia sedang dikemas kini jumlah mangsa yang terjejas.
“Jumlah mangsa meningkat berikutan hujan masih berterusan di kawasan terbabit. Proses pendaftaran sedang giat dilakukan,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, paras air sungai di empat lembangan sungai direkodkan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Skudai di Kampung laut, Johor Bahru (4.16 meter), Sungai Tebrau di Taman Sri Pandan, Johor Bahru (2.51 meter), Sungai Sedili Kecil di Kota Tinggi (2.63 meter) dan Sungai Jemaluang di Kampung Paya Dato’, Mersing (2.32 meter).
Hari ini Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga Ahad ini. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source