90 kubur Selat Klang selesai dialihkan
SHAH ALAM – Kerja-kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang dekat sini berjaya diselesaikan hari ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, proses dilakukan secara berperingkat menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam yang terlibat dengan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Katanya, ia bermula Isnin lalu dengan masing-masing melibatkan sebanyak 30, 28, 20 dan 12 plot kubur dialihkan dalam tempoh empat hari tersebut.
Ujarnya, JAIS bersama Jabatan Mufti Selangor (JMNS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kerja-kerja pengalihan kubur dengan mengikut pelan kerja yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JMNS, PDRM dan Malaysia Rail Link (MRL)
“Sepanjang proses pengalihan kubur dijalankan, pihak waris dan orang awam dilarang untuk mendekati kawasan proses pengalihan kubur. Ini bagi memastikan langkah-langkah kesihatan, keselamatan dan kelancaran semua kerja-kerja yang berlaku di lapangan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau memberitahu, pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga telah dibuat sebelum 5 Januari lalu.
Tambahnya, bagi pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada Isnin hingga hari ini telah dibuat oleh JAIS menerusi pengumuman di semua masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di negeri ini.
“Ia dibuat selama tiga kali berturut-turut pada hari Jumaat iaitu pada 20 dan 27 Disember lepas, serta 3 Januari lalu.
“Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pula telah membuat hebahan awam melalui Facebook rasmi dan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. melalui laman sesawang dan papan tanda di tapak,” jelasnya.
Mengulas lanjut, kata beliau, JAIS menzahirkan perhargaan kepada semua agensi terlibat dan ahli waris yang memberi kerjasama penuh ketika proses pengalihan kubur itu.
“JAIS juga akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa untuk jenazah yang terlibat dalam pengalihan kubur dalam tempoh terdekat dan semua ahli waris akan dimaklumkan mengenainya oleh JAIS,” katanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan suasana di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini, kecoh apabila waris tidak dibenar menyaksikan proses penggalian dan pemindahan kubur bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hari ini.
Lebih sayu, sepanjang proses tersebut didapati waris dan ahli keluarga hanya dapat melihat dari celahan pagar zink. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source