“Spectrum Strides” Tingkat Kesedaran Mengenai Isu Buta Warna
PETALING JAYA: Lebih 700 peserta memeriahkan “Spectrum Strides: Colour Blind Fun Run”, anjuran pelajar tahun akhir Perhubungan Awam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Program yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini diadakan sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan (SAHTK) dengan matlamat meningkatkan kesedaran mengenai cabaran individu buta warna.
Diketuai oleh Cik Farissa Hanna Mohd Hakimi dan dibimbing oleh Encik Abuzar Abdul Halim, acara ini bukan sekadar larian tetapi turut menyertakan aktiviti seperti pengalaman realiti maya (VR), cabaran “Spot the Difference,” dan kuiz interaktif berkaitan isu buta warna. Kehadiran pelbagai booth rakan kerjasama seperti Kahf, Emina Kosmetik, Tropicana Twister, dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut memeriahkan program ini.
Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haji Mohd Fauzi Haji Mohd Yatim, memuji usaha ini yang bukan sahaja menyokong matlamat gaya hidup sihat tetapi juga menyumbang kepada visi Shah Alam sebagai bandar rendah karbon. Program ini juga menekankan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) dan SDG 10 (Ketidaksamaan yang Kurang).
Kejayaan program ini membuktikan kebolehan pelajar UiTM dalam menganjurkan acara yang menyatukan elemen kecergasan, pendidikan, dan impak sosial, sekali gus menjadi inspirasi kepada inisiatif kesedaran lain di masa depan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source