Rasuah itu keji, salah sisi Islam
SHAH ALAM – “Mengambil rasuah adalah keji dan salah di sisi Islam.”
Demikian teguran keras diberikan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Mohd. Nasir Nordin sebelum menjatuhi hukuman denda RM15, 000 terhadap seorang pembantu operasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.
Tertuduh, Zul Fikri Abd. Rahman, 43, turut diperintahkan penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda keseluruhan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan yang dibacakan kepadanya.
Ini merupakan kes kedua melibatkan kakitangan MBSA atas kesalahan sama dengan seorang pembantu tadbir turut didenda dengan jumlah sama semalam.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Zul Fikri didakwa menerima wang tunai keseluruhan RM2,250 melalui akaun banknya daripada seorang lelaki berusia 31 tahun di sebuah cawangan bank di sini antara 14 Februari 2018 hingga 15 Februari 2019.
Pada prosiding itu, Zul Fiktri yang tidak diwakili peguam merayu tidak dipenjarakan dan dikenakan denda rendah susulan menanggung isteri dan tiga anaknya yang masih bersekolah.
“Salah seorang anak sedang menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Saya sedang mencari pekerjaan baru bagi menyara keluarga dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Saya sudah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama dan diharap Yang Arif Hakim dapat mempertimbangkan rayuan saya,” katanya.
Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Alimi Mustapha bagaimanapun memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat selain Zul Fikri merupakan seorang penjawat awam. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source