Fury gagalkan aksi bersejarah
MANCHESTER – Bekas juara dunia heavyweight, Tyson Fury mengumumkan persaraannya buat kali keempat selepas kekalahan dalam perlawanan ulangan menentang Oleksandr Usyk bulan lalu untuk gelaran heavyweight dunia WBA (Super), WBO, dan WBC.
Dalam kenyataan di media sosial, petinju Britain berusia 36 tahun itu menyentuh tentang watak perompak terkenal Inggeris, Dick Turpin sebagai sindiran terhadap keputusan pengadil yang memberikannya kekalahan dalam dua pertemuan berturut-turut dengan Usyk.
“Saya ingin mengumumkan persaraan daripada dunia tinju. Ia perjalanan hebat, saya menikmati setiap detiknya. Saya akan akhiri dengan ini: Dick Turpin memakai topeng. Tuhan memberkati semua, jumpa lagi di sisi lain,” tulis Fury dalam media sosial miliknya.
Sindiran Fury mengenai Dick Turpin yang terkenal sebagai perompak, membawa maksud tersirat terhadap keputusan juri dan aspek komersial dunia tinju.
Dia dipercayai kurang berpuas hati dengan tawaran ganjaran yang dirasakan tidak setimpal, meskipun pertarungan antara dia dan Anthony Joshua sedang dirancang dan mendapat perhatian global.
Fury mula mencipta nama pada 2015 selepas kemenangan mengejut ke atas Wladimir Klitschko di Duesseldorf, Jerman untuk meraih gelaran heavyweight dunia.
Pengumuman itu bukan kali pertama Fury menggantung sarung tangan selepas dia pernah bersara pada 2013, 2017 dan 2022, namun kembali ke gelanggang termasuk enam bulan selepas menewaskan Dillian Whyte.
Kini pengumuman persaraan terbarunya, harapan peminat untuk menyaksikan pertarungan besar antara Fury dan Joshua tampak semakin kabur dengan pertarungan itu dijangka menjadi salah satu pertembungan terbesar dalam sejarah tinju British. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source