4 lagi pegawai bank ditahan
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi pegawai bank semalam bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya membuat tangkapan terbaharu semalam dan permohonan reman akan dibuat hari ini.
Menurutnya, seramai tujuh daripada 12 orang yang direman lima hari sebelum ini akan dibebaskan hari ini.
“Manakala lima lagi orang akan dimohon untuk sambung reman hari ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Akhbar ini melaporkan pegawai yang menguruskan pinjaman bernilai RM700 juta kepada penjawat awam akan menerima komisen 0.5 peratus sehingga satu peratus selain menerima RM5,000 bagi satu kes pinjaman.
Azam dilaporkan berkata, sebanyak 4,000 dokumen dirampas manakala 16 individu membabitkan pegawai bank dan syarikat perundingan akan dipanggil dan kemungkinan ditahan dalam kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan organisasi perunding kewangan.
Menurutnya, setakat ini sebanyak 4,000 dokumen sudah dirampas dan dalam proses siasatan.
SPRM mendapati sejumlah RM700 juta pinjaman sudah diluluskan kepada 4,000 penjawat awam di mana, pinjaman yang diluluskan itu daripada pelbagai bank sejak syarikat berkenaan beroperasi tahun 2020.
Isnin lalu, SPRM menumpaskan sindiket kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan susulan penahanan 12 individu di sekitar Lembah Klang.
Kesemua suspek termasuk dua wanita berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan Op Sky di 24 lokasi termasuk rumah dan pejabat di sekitar Lembah Klang pada 13 Januari lalu.
Mereka yang ditahan termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan, masing-masing seorang pengarah yayasan, pengurus dan bekas pengurus jualan institusi perbankan.- UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source