Impian Jadi Profesional Sukan? TVET Sukan Jawapannya
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini memperkenalkan inisiatif besar untuk memperkasa tenaga mahir dalam industri sukan Malaysia. Dalam usaha tersebut, KBS telah melancarkan TVET Sukan di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di mana ini adalah satu langkah yang bakal membuka banyak peluang bagi belia yang ingin menceburi dunia sukan.
Melalui Laporan Awalan Akaun Satelit Sukan 2022, industri sukan di Malaysia menyumbang RM49.5 bilion kepada ekonomi negara. Bukan sahaja memberi peluang kepada belia, TVET Sukan juga bertujuan untuk memenuhi permintaan industri yang semakin berkembang.
Menariknya, IKBN Kuala Langat akan ditransformasi menjadi Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menjelang 2025. IKSN akan jadi pusat utama TVET Sukan di Malaysia!
Dalam usaha untuk memajukan lagi TVET Sukan, KBS bakal memperkenalkan kursus jangka pendek dalam Terapi Sukan di seluruh ILKBS negara. Tak hanya itu, Pembinaan dan Penyelenggaraan Fasiliti Sukan, Permotoran Sukan, dan Fotografi Sukan juga akan ditawarkan sebagai kursus baru yang akan memenuhi keperluan industri sukan yang semakin berkembang.
Transformasi IKBN Kuala Langat
Bagi menjadikan agenda TVET Sukan lebih kukuh, IKBN Kuala Langat akan ditransformasikan menjadi Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) pada tahun 2025. IKSN ini akan menjadi pusat utama untuk latihan dalam bidang sukan di Malaysia.
KBS juga akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Sepang International Circuit, dan Kelab Golf Negara Subang untuk memastikan program TVET Sukan ini terus berkembang dan memberi impak yang besar dalam industri.
TVET Sukan ni adalah peluang emas bagi belia yang berminat dalam kerjaya sukan. Jadi, kalau korang nak jadi sebahagian daripada revolusi industri sukan Malaysia, inilah masa yang tepat untuk ambil langkah pertama!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source