Hancur luluh hati saya lihat suami disepak, heret – Isteri OKU mental
KEMAMAN : “Hancur luluh hati saya melihat video suami disepak, dipukul, diheret dan dicurahkan mi goreng di atas kepala.”
Itu luahan Faridah Abdul Karim, 44, yang merupakan isteri kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, di sini, Jumaat lalu.
Ibu kepada lima anak itu memyifatkan tindakan beberapa individu yang memukul dan menyepak suaminya sebagai tidak berperikemanuasiaan dan tidak berhati perut.
“Suami saya dah berulang kali memohon maaf, namun mereka (pelaku) tetap memukul suami saya. Ketika suami saya minta diberikan air untuk membasuh matanya yang pedih kerana dicurahkan mi goreng, dia sekali lagi disepak di bahagian kepala.
“Kenapa layan suami saya begitu, dia juga manusia seperti orang lain dan bukannya haiwan,” katanya yang mengalirkan air mata ketika disantuni Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Fadini Rahim, di di Kampung Mak Chili, di sini, hari ini.
Faridah berkata, jika benar suaminya bersalah dan sengaja melanggar gerai makanan itu, perkara itu seharusnya diselesaikan secara baik.
“Kalau nak kami bayar ganti rugi kerugian yang dialami peniaga itu, insya-Allah kami boleh ganti. Tak perlu layan suami saya begitu,” katanya yang berterima kasih kepada beberapa individu yang membantu menghalang perbuatan berkenaan.
Faridah berkata, selama 25 tahun dia berkongsi hidup dengan Ahmad Nor Al Faizan, suaminya tidak pernah meninggalkan solat dan sering ke surau untuk berjemaah.
“Suami saya selalu solat. Walaupun dia sakit, dia tetap solat. Dia tak pukul orang, hanya mulutnya yang lantang. Kalau hari kejadian tu mereka bagitahu nak panggil polis, pasti dia takut. Kalau ikat dia bawa pergi balai pun, kes boleh diselesaikan dengan baik,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source