‘Penerima terus beli makanan guna duit infak, lapar benar agaknya’
PETALING JAYA – Seorang penerima bantuan bersikap jujur apabila dia menunjukkan resit barangan dapur yang dibelinya selepas menerima sumbangan sebanyak RM100 daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Kisah itu diceritakan oleh bekas guru yang juga aktivis, Mohd. Fadli Salleh berhubung pasangan suami isteri yang tinggal di Seri Kembangan, Selangor berdepan masalah kewangan sehingga ketiadaan susu untuk bayinya dan makanan mereka keluarga.
“Malam tadi ziarah satu keluarga, anaknya usia tiga bulan ada jantung berlubang, anak sulung. Awalnya dia minta bantuan susu untuk anak dan makanan. Dapur dah tiada apa katanya.
“Tapi zaman scammer melimpah-ruah ni, payah aku nak percaya. Dia bagi nombor telefon, aku terus buat ‘video call’ (panggilan video). Scammer tak akan angkat ‘video call’ dan sebab semua cerita scammer adalah rekaan.
“Wanita ini angkat panggilan, aku minta tunjuk bayi dan rumah, dia tunjuk semua. Sah kes ni tiada unsur penipuan. Aku kirim infak RM100,” katanya pada hantaran Facebook.
Mohd. Fadli berkata, setengah jam kemudian, wanita tersebut menghantar WhatsApp resit pembelian barangan dapur keseluruhannya berharga RM90.
“Terus dia pergi beli tengah-tengah malam. Masa tu dah pukul 11:40 malam. Lapar benar agaknya sampai terus keluar beli makanan. Hari ni aku ziarah bawa lampin pakai buang dan makanan sikit,” ujarnya.
Katanya, sebaik sampai ke rumah suami isteri tersebut, dia berasa kagum apabila keadaannya yang bersih selain tersusun rapi.
“Sebaik sampai rumah dia, aku kagum. Rumah ‘simple’ (ringkas) saja, tapi bersih. Lantai tu satu debu pun tak ada. Dapur ‘simple’, tapi tersusun rapi. Memang pembersih orangnya.
“Suka aku tengok orang pembersih ni. Dah beratus rumah asnaf dan orang susah aku ziarah, namun maaf cakap kebanyakannya pengotor. Lepas serah lampin pakai buang, makanan dan sedikit sumbangan tunai, aku bagitahu dia.
“Saya ni mewakili NGO Dana Kita. Semua ni orang ramai yang bantu, bukan saya seorang. Cuma saya tak boleh nak bantu setiap bulan, setiap masa. Bantuan ‘one off’ begini sahaja, bolehlah,” katanya.
Mohd. Fadli berkata, wanita itu tidak kisah dan turut berterima kasih kepadanya terhadap sumbangan yang diberikan.
“Amoi ni asal orang Melaka, kahwin dengan orang Selangor. Dia fasih bercakap Bahasa Malaysia, senang nak interaksi. Lepas borak kemudian aku pun pulang.
“Jika ada mana-mana NGO sekitar Sri Kembangan nak ‘follow up’ keluarga ni, bagitahu ya. Nanti kami mesej alamat dan info lanjut.
“Saya tak mahu letak nama, nombor telefon dan alamat dia secara umum, tak elok gitu. Aib orang kena jaga juga meskipun berbeza kaum dan agama, tetap kena jaga maruah mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source