Suspek Pukul Lelaki OKU Di Pasar Malam Direman Tiga Hari Bermula Hari Ini
Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian memukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di pasar tani pada Jumaat lalu, direman selama tiga hari mulai hari ini.
Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin mengeluarkan perintah reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu sehingga 22 Januari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.
Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Sebelum itu, lelaki tersebut ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman sekitar 11.30 malam semalam.
@buletintv3 Suspek Kelima Direman Tiga Hari #beritaditiktok #buletintv3 #kespukul #oku
Menurut laporan media, seorang lelaki OKU berusia 47 tahun dipukul oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada sekitar 9.30 pagi Jumaat lalu, dipercayai disebabkan insiden motosikal yang ditunggangnya terlanggar sebuah gerai jualan, menyebabkan makanan yang dijual tumpah.
Mangsa kemudiannya dipukul oleh peniaga dan pengunjung pasar tersebut, dan pihak polis telah menahan lima lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun untuk siasatan lanjut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source