3,600 peserta 10 negara sertai jambori pengakap
Seramai 3,600 peserta menyertai Jambori Pengakap Malaysia Ke-14 dan Jambori Keamanan Kesatuan Pengakap Muslim Antarabangsa (IUMS) ke-8 di Kuala Kubu Baharu, Selangor baru-baru ini.
Jambori tersebut melibatkan kontinjen daripada seluruh negara dan peserta luar negara.
Antara negara-negara yang terlibat ialah seperti Maldives, China, Tunisia, Pakistan, Korea, Nepal, Algeria, Jordan, Indonesia dan Brunei.
Jambori tersebut merupakan satu perkhemahan terbesar pengakap yang bermatlamat untuk menyediakan pelbagai aktiviti dan pembelajaran luar bilik darjah berasaskan alam sekitar yang menarik, mencabar, selamat dan menyeronokkan kepada ahli pengakap.
Program tersebut bertujuan mempertingkatkan potensi fizikal, emosi, kelakuan, kerohanian, intelek dan sosial yang akan menghasilkan warganegara yang aktif dan memberi sumbangan berterusan bagi mewujudkan dunia yang lebih baik.
Selain itu, mempromosikan pendidikan kepengakapan selari dengan visi dan misi Pengakap, prinsip asas pengakap dan juga kaedah berpengakap, dan sejajar dengan keperluan dan aspirasi muda remaja.
Pergerakan Pengakap di negara ini terus memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda yang berwibawa melalui program-program latihan praktikal dan pendidikan tidak formal seperti jambori.
Ahli Majlis Pengakap Negara, Tan Sri Johari Abdul berkata, pengalaman dan ilmu kepimpinan perlu diwariskan kepada anak muda bagi melahirkan pemimpin masa depan yang berkualiti.
“Apa yang kita lihat hari ini, pemimpin seperti Jeneral Datuk Zin (Ketua Pengakap Negara, Mej. Jen. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin) telah bertahun-tahun terlibat dalam dunia akademik, ketenteraan, dan pengakap. Ilmu dan pengalaman ini perlu kita sampaikan kepada generasi muda.
“Jambori adalah platform terbaik untuk menerapkan bukan sahaja ilmu kepimpinan tetapi juga pengalaman berharga kepada mereka,” kata Johari dalam majlis perasmian Jambori Malaysia Ke-14 dan Jambori Keamanan IUMS ke-8 di Kem Bina Semangat, di sini baru-baru ini.
Beliau menegaskan bahawa bilik darjah sahaja tidak mencukupi untuk melahirkan pemimpin berkaliber.
“Latihan dan program seperti jambori ini adalah ruang untuk anak muda mempelajari nilai kepimpinan melalui pengalaman langsung.
“Insya-Allah, dengan penganjuran jambori yang lebih kerap, ramai anak muda akan mendapat manfaatnya,” tambah beliau.
Sementara itu, Dr. Mohd. Zin menekankan keunikan pengakap sebagai platform pendidikan non-formal.
“Di sekolah, kita belajar teori melalui pendidikan formal.
Namun, pengakap mengajar kemahiran kepimpinan (leadership skills) dan kemahiran yang tidak diajar di bilik darjah.
“Pengakap menjadi pelengkap kepada sistem pendidikan formal, membantu melatih anak muda untuk menjadi pemimpin masa depan yang hebat,” jelasnya.
Beliau berkata, bahawa pengakap adalah pertubuhan terbesar di dunia dengan keahlian 57 juta ahli di 176 negara.
Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Ahmad Shazilly Ismail Bakti dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Nasaruddin Shamsuddin.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source