“Bukan Pinjaman, Saya Tak Perlu Bayar Balik” – Syarikat Beri RM50000 Untuk Bayar Kos Pembedahan Bapa Staf
Seoranng wanita berkongsi tentang kebaikan syarikat tempatnya bekerja baru-baru ini di Threads dan ia telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi hantaran itu, @sheensaiful berkata syarikat itu telah memberikan wang ringgit kepadanya tetapi bukanlah dikira bonus atau pinjaman.
Ceritanya, syarikat tersebut telah memberikan RM50,000 kepadanya untuk membantu menyelamatkan nyawa bapanya yang memerlukan pembedahan.
Pada 2018, bapa saya disahkan menghidap tumor yang membahayakan bersaiz bola tenis dan sangat dekat dengan bahagian otaknya. Ditambah pula, bapa mempunyai masalah kesihatan jantung.
Katanya, doktor memaklumkan bahawa bapanya perlu menjalani dua pembedahan dengan kadar segera. Pembedahan jantung dijalankan terlebih dahulu dan ia berjalan dengan lancar.
Cuba mohon tabung bantuan kecemasan syarikat
Namun, keluarganya memerlukan kos sebanyak RM50,000 untuk pembedahan membuang tumor berkenaan.
Kami tiada duit sebanyak itu. Kami tidak mahu menunggu giliran selama dua tahun di hospital kerajaan kerana bapa tidak akan dapat bertahan.
Ceritanya lagi, bapanya telah mencuba pelbagai cara termasuklah menghubungi rakan-rakan, bekerja dan pada masa yang sama berdoa untuk keajaiban.
Namun, dengan keadaan sakit kepalanya makin memburuk dan kesihatannya yang tidak pada tahap yang baik, usahanya tidak cukup untuk mereka mendapatkan jumlah tersebut.
Saya teringat tentang tabung bantuan kecemasan yang disediakan oleh syarikat namun bapa menolak. Tetapi saya tidak mengalah dan menghantar emel.
Siapa sangka, syarikatnya memberi maklum balas dengan meminta maklumat lanjut seperti surat pengesahan daripada doktor dan bil hospital.
Pada 11 April tahun lalu, syarikat tersebut meluluskan permohonannya untuk mendapatkan bantuan itu sebanyak RM50,000.
Tambahnya, pembedahan itu dijadualkan pada 2 Mei namun Allah lebih menyayanginya dan bapanya menghembuskan nafas terakhir ketika prosedur sedang berlangsung.
Saya kehilangannya pada hari itu. Namun apa yang syarikat saya bekerja lakukan telah mengubah hidup saya. Mereka bukan sahaja memberikan wang tetapi mereka juga memberika kami harapan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source