DXStream tawan Siri Cabaran Asia MLBB
KUALA LUMPUR – Pasukan DXStream melakukan kejutan ketika membuat penampilan pada kejohanan Siri Cabaran Pertandingan Asia Mobile Legends (MLBB) apabila muncul juara sekali gus membawa pulang RM5,000 serta trofi.
Skuad tersebut yang diperkuat barisan jaguh e-Sukan seperti Syed Fitri (SunSeishiro), Muhammad Akmal (M1NGKONG), Muhammad Razif Sazali (Sizkaa), Muhammad Taufiq Hidayat (SkyZED), Muhammad Faris Badrul Zaman (Aishh) bersaing sengit dengan 16 pasukan.
Naib juara dirangkul pasukan Natsu & Friends yang membawa pulang RM3,000 manakala tempat ketiga menjadi milik Aii Taubat Dakgi (RM1,000).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASIA, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, kejohanan itu bukan hanya untuk mencungkil bakat tetapi juga memastikan golongan anak muda lebih aktif serta terlibat dalam aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.
“Kami mahu pempengaruh dan peserta yang terbabit tidak hanya tertumpu kepada penciptaan kandungan semata-mata, tetapi juga menyumbang kepada perpaduan dan kebajikan masyarakat.
“Sebab itu, selain kejohanan e-Sukan, kami turut mengadakan pelbagai program lain yang menggalakkan interaksi dan pembangunan sahsiah,” katanya.
Tambahnya, kejohanan itu juga menekankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) terutama menjelang Ramadan yang semakin hampir.
“Kami percaya perpaduan dan kebersamaan dalam masyarakat harus dipupuk melalui pelbagai program yang menyatukan rakyat, tanpa mengira latar belakang.
“Antara aktiviti yang bakal dilaksana termasuk program zakat untuk golongan memerlukan, serta lawatan ke rumah warga emas dan anak yatim, tanpa mengira bangsa dan agama.
“Siri Cabaran Pertandingan Asia akan terus menjadi platform yang bukan sahaja berprestij dalam dunia e-Sukan, tetapi juga memberi impak sosial yang positif,” katanya. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source